Ads.1

Monday, 28 January 2019

Monday, 16 May 2016

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM: SURAT TERBUKA UNTUK RAKYAT MALAYSIA DARI TUN DR. M...

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM: SURAT TERBUKA UNTUK RAKYAT MALAYSIA DARI TUN DR. M...: Mahatir ajak wakil rakyat Umno tebus maruah bangsa, negara Mahathir Mohamad Hari ini, 1:29 tengahari Hari ini, 3:08 petang...

1Barisan

Saturday, 7 May 2016

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM: SELAMAT DATANG KE SIARAN SULUNG BLOG GABUNGAN NGO ...

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM: SELAMAT DATANG KE SIARAN SULUNG BLOG GABUNGAN NGO ...: SOLIDARITI #916 ADALAH SINONIM TARIKH HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER YANG DISAMBUT SETIAP TAHUN SEJAK PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA PAD...

1Barisan

Saturday, 13 July 2013

UMNO Kelantan Bantu Kempen #PRK #KualaBesut - PRK KUALA BESUT N01

UMNO Kelantan Bantu Kempen #PRK #KualaBesut - PRK KUALA BESUT N01

Suara Nusantara Suara Hati Anda

SEJARAH MENCERITAKAN SEGALANYA - SINGAPURA DINYAHKAN DARI MALAYSIA...............

Part 1

Kenapa Singapura Dikeluarkan Dari Malaysia?





Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.


Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.


Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.


Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.


UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.


Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.


Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.


Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.


Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia..


Jika hendak merosakkan tanaman, racunilah akarnya..
Jika hendak merosakkan bangsa, racunilah sejarah mereka.


Part 2

[Hari Ini Dalam Sejarah] : Pemisahan Singapura Dari Malaysia...




Pada hari ini 9.8.1965, Singapura telah dipisahkan dari Persekutuan Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16hb. September, 1963 telah membebaskan Singapura daripada belenggu penjajahan Inggeris dan menjadikan Singapura sebuah negara yang merdeka serta berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.


Dalam satu persetujuan yang dicapai di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura sebelumnya pemisahan ini diisytiharkan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj selaku Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju dan mengisytiharkan bahawa negara Singapura terus wujud dan merdeka terasing daripada Persekutuan Malaysia.


Tindakan pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah satu-satunya jalan keluar yang paling baik demi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik di antara Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Parti Perikatan dengan Parti Tindakan Rakyat yang berkuasa di Singapura.


YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyatakan antara lain sebab-sebab perpisahan itu ialah sikap setengah pemimpin-pemimpin politik Singapura yang memperjuangkan konsep "Malaysian Malaysia" menafikan kewujudan institusi kesultanan Melayu, menentang hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputra dan tidak adanya persefahaman pendapat dalam meningkat dan memajukan dasar-dasar perdagangan dan pembahagian cukai serta perindustrian.


Bagaimanapun pemisahan Singapura dari Malaysia ini dibuat dengan persefahaman bahawa Malaysia dan Singapura akan terus bekerjasama dalam bidang-bidang pertahanan perniagaan dan perdagangan.


Satu persetujuan mengenai bidang-bidang ini telah ditandatangani oleh kerajaan Pusat Malaysia dengan kerajaan Singapura.YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj mengetuai perwakilan Malaysia,dalam perundingan perjanjian ini bersama-bersama denganTun Abdul Razak, Dato Dr. Ismail, Tan Siew Sin dan Dato V.T. Sambanthan. Encik Lee Kuan Yew mengetuai perwakilan kerajaannya bersama-sama dengan ahli-ahli kabinetnya, antaranya Dr. Toh Chin Chye, Dr. Goh Keng Swee, Encik S. Rajaratnam dan Encik Othman Wok.


Berikutan dari pemisahan Singapura daripada Malaysia ini secara otomatis seseorang rakyat Singapura tidak lagi menjadi warganegara Malaysia. Dan dengan itu 2 orang Senator serta 15 orang ahli Parlimen dari Singapura tidak lagi menjadi ahli Parlimen Malaysia, segala harta benda dan hak-hak serta tanggungan yang sebelum Hari Malaysia dulu menjadi tanggungjawab kerajaan Singapura dan diserahkan kepada kerajaan Malaysia, mulai hari ini terpulang semula kepada kerajaan Singapura.


Semua orang, termasuk anggota-anggota angkatan bersenjata, pasukan polis, mahkamah dan lain-lain yang mana selepas Hari Malaysia dulu menjadi kakitangan Kerajaan Malaysia, mulai hari ini mereka kembali menjadi kakitangan Kerajaan Singapura. Bagaimanapun Kerajaan Malaysia akan terus mematuhi perjanjian-perjanjian mengenai bekalan air yang telah dibuat di antara Kerajaan Singapura dengan Kerajaan Johor.

Sumber : Arkib Negara

Suara Nusantara Suara Hati Anda

Friday, 17 May 2013

Monday, 13 May 2013

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): SUDAH TERANG LAGI BERSULUH : Penglibatan Asing di ...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): SUDAH TERANG LAGI BERSULUH : Penglibatan Asing di ...: Malaysia: Failure of U.S. to Subvert the Elections and Install a “Proxy Regime” US "Pivot" Toward Asia Trips in Malaysia ...

Maysian History - Synopsis

1 MALAYSIA: Kaji semula kelemahan Umno-BN, kata Mahathir

1 MALAYSIA: Kaji semula kelemahan Umno-BN, kata Mahathir: KUALA LUMPUR: Umno-Barisan Nasional (BN) perlu komited mengkaji semula aspek yang menjadi punca yang melemahkan parti itu, tegas mantan P...

BLOG BN 2013

Thursday, 9 May 2013

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): ANWAR MEMANG PENGKHIANAT DAN PETUALANG NEGARA !!!

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): ANWAR MEMANG PENGKHIANAT DAN PETUALANG NEGARA !!!: Patutlah Azmin angin dengan Anuar Ibrahim! ni kot antaranya puncanya? memang lahabau. anak haram, kepala bana, full stop!! dengan mela...

Maysian History - Synopsis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button (1Nation)

Comment Box